Monday, May 7, 2012

CD QURAN





CD Quran  

CD 1. Juz'30 - Untuk belajar dan menghafal Al-Quran

CD 2 CD Al-Quran (boleh juga menghafal)

Harga: RM 25.00 untuk 2 CD (termasuk kos penghantaran).





BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH



HARGA : RM 65.00 (termasuk kos penghantaran)
PENULIS : RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI
PENERBIT : MUST READ SDN BHD

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”  

Tuesday, August 17, 2010

SERUNDING (SAMBAL DAGING, IKAN DAN AYAM) ASLI DARI KAMPUNG LAUT, KELANTAN..

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, kami ada menjual Serunding (Sambal) Daging, Ayam dan Ikan. Serunding ini dibuat di Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan, tempat di mana serunding (sambal) yang sedap di negeri Kelantan.

Kepada yang berminat untuk membeli, boleh hubungi kami.. di 019 662 8808 atau 019 617 1818. Atau bank-in ke akaun MBB 5-62553-40163-8 (Mohamad Eskandar Subki). Sila fak slip deposit ke 03 6125 1311 dan kami akan menghantarnya segera.

Kami yakin pasti memenuhi citarasa semua.

** Sila masukkan RM 5.00 sebagai kos penghantaran di luar Lembah Kelang.



SERUNDING (SAMBAL) IKAN


Harga
100 gram - RM 5.00
200 gram - RM 10.00
500 gram - RM 22.50
1 Kilogram - RM 45.00




SERUNDING (SAMBAL) DAGING


Harga
100 gram - RM 6.00
200 gram - RM 12.00
500 gram - RM 27.50
1 Kilogram - RM 55.00




SERUNDING (SAMBAL) AYAM



Harga
100 gram - RM 7.00
200 gram - RM 14.00
500 gram - RM 32.50
1 Kilogram - RM 65.00




*Kepada sesiapa berminat untuk menjadi pengedar, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Monday, October 26, 2009

BUKU TERHANGAT DI PASARAN



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukam-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan Al-Quran dan Hadis Sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah,pusat sumber, sekolah dan individu.






















BUKU: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT

PENULIS:
AL-USTAZ DATO' HJ.ISMAIL KAMUS
MOHD. AZRUL AZLEN ABD. HAMID

TERBITAN: TELAGA BIRU SDN BHD

HARGA:
RM 55.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM 57.00 (SABAH & SARAWAK)

Tuesday, September 2, 2008

JUS INTRA DARI LIFESTYLE


RM 138.00
(percuma kos pos laju)


Kepada sesiapa yang ingin menempah Jus Intra ini atau kepada yang berminat untuk menjadi agen, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.





SET AL-QURAN & REHAL







Set Al-Quran Bertajwid dan Rehal

RM 350.00
(termasuk kos pos laju)


Thursday, August 14, 2008

PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH

Salammualaikum.

Kepada saudara saudari, tuan puan yang ada perancangan atau niat untuk mengerjakan Ibadah UMRAH, juga Ibadah Haji, sila layari www.putranilaiholiday.blogspot.com untuk mendapat penjelasan lanjut.


Sekadar bacaan:

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.


Tuesday, January 8, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429

Assalammualaikum....

Pihak kami mengucapkan "Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1429"... Moga amalan dan ibadat kita pada tahun ini, 1428, di terima ALLAH dan moga di tahun baru 1429, ibadat dan amalan akan di pertingkatkan. Ameen.

Monday, December 17, 2007

BUKU TERBARU




MAKNA SEBENAR BID'AH: SATU PENJELASAN RAPI



Nama Pengarang:
Al-Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari


Disemak oleh:
Dato’ Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad
(Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus)
Datuk Hj. Md. Hashim Hj. Yahya
(Bekas Mufti Wilayah Persekutuan / Pensyarah UIAM)
Dato’ Haji Saleh Haji Ahmad
(YDP Persekutuan Ulama Malaysia / Pensyarah UIAM)
Dato’ Dr. Wan Zahidi Wan The
(Mufti Wilayah Persekutuan)

Harga: RM 20.00


Sinopsis:
Persoalan bid‘ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hinga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid‘ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil al-Quran, al-Hadith dan al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah (al-Asha’irah).


Silsilah keturunan pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar bid‘ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w sebagai bid‘ah dan mengancam kesucian serta ketulenan agama.


Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah mengekploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).


Kita mohon perlindungan dari Allah SWT agar tidak tergolong di ka langan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang. Sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar.


Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita memohon petunjuk dan perlindungan, kepada-Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak.













Tuesday, September 4, 2007

PERHATIAN

Assalammualaikum, sekiranya tuan puan ada berhajat untuk buku-buku selain dari yang dipamirkan, boleh menghubungi kami 03 - 6125 1309 atau faks 03 - 6125 1311 atau emel kepada nurezs@gmail.com (nama buku, penerbit dan penulis) untuk mendapatkan harga. Kami juga ada menjual kitab-kitab Arab untuk pelajar-pelajar Pengajian Islam.



Monday, August 20, 2007