Monday, December 17, 2007

BUKU TERBARU




MAKNA SEBENAR BID'AH: SATU PENJELASAN RAPI



Nama Pengarang:
Al-Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari


Disemak oleh:
Dato’ Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad
(Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus)
Datuk Hj. Md. Hashim Hj. Yahya
(Bekas Mufti Wilayah Persekutuan / Pensyarah UIAM)
Dato’ Haji Saleh Haji Ahmad
(YDP Persekutuan Ulama Malaysia / Pensyarah UIAM)
Dato’ Dr. Wan Zahidi Wan The
(Mufti Wilayah Persekutuan)

Harga: RM 20.00


Sinopsis:
Persoalan bid‘ah menjadi perbahasan ulama sejak silam hinga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid‘ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil al-Quran, al-Hadith dan al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah (al-Asha’irah).


Silsilah keturunan pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. Beliau membawa kita menghayati pengertian sebenar bid‘ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w sebagai bid‘ah dan mengancam kesucian serta ketulenan agama.


Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah mengekploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).


Kita mohon perlindungan dari Allah SWT agar tidak tergolong di ka langan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang. Sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar.


Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita memohon petunjuk dan perlindungan, kepada-Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak.